Wanita Moden Tidak Pedulikan Pantang Khazanah alam sangat luas dibentangkan untuk manusia dan makhluk ciptaanNya .
salah kalau kita intai2 ilmu mereka sebagai panduan. Wanita zaman dahulu amat patuh dengan ibu bapa mereka sehinggakan tiada bantahan meskipun disiplin berpantang itu amat menyeksakan. Pelbagai provokasi diberikan untuk menarik perhatian agar kaum wanita menjaga kesihatan dan kecantikan demi keharmonian berumahtangga. Maklumlah mereka bersalin dirumah tanpa hospital , tidak berjahit lepas bersalin dan kurang pula pendedahan ilmu. Bagi mereka ibu adalah mentor terbaik sebagai rujukan.
Berbeza dengan pemikiran wanita zaman sekarang yang hanya berpandukan sains serta logik akal semata2. Cara kuno menjaga kesihatan dan kecantikan tidak setaraf dengan sains. Ketinggalan zaman dan kolot . Bersalin pun ala barat … Apa yang doktor atau hospital kata boleh makan maka bagi mereka itulah terbaik. Pantang memang menyusahkan.
Lagi kaya.. lagi cerdik semuanya menabur duit..mereka fikir duit boleh beli segalanya..!! Kisah benar 20 tahun lepas, dikongsikan untuk kita lihat berubahnya manusia mengikut zaman. Kebanyakan wanita cina memilih cara begini namun kawan saya ini melayu orangnya glamor dan sofiscated.
“Saya tak nak bersalin normal..saya minta doctor bedah.lepas bersalin tak nak berpantang dirumah ..40 hari sy duduk hospital , sy yakin hanya pada doctor..”.
Bakal ibu muda zaman sekarang asal sakit bersalin baru saja keluar tanda terus cepat2 minta epidural.!! Mewahkan..?? Jika bersalin hospital swasta pastinya doctor swasta akan tanya nak ambik apa ? Gas..suntikan tahan sakit atau epidural.. ??
Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)
Bersalin pembedahan banyak kesan sampingan selepas bersalin. Namun jika melibatkan nyawa dan tiada pilihan maka pembedahan itu adalah yang terbaik. ( Epidural ini disuntik ditulang belakang untuk wanita yang bersalin pembedahan atau wanita yang tidak mahu sakit bersalin )
Ibu moden kini memilih suntikan epidural kerana takut dan tidak mahu melalui kesakitan bersalin . Memilih jalan mudah sedangkan tiada sebarang komplikasi . Mereka selesa kerana tiada sedikit pun rasa sakit kontraksi bersalin. Saat digunting , dijahit , sehingga saat meneran pun tak merasakan sebarang kesakitan..KUATNYA KESAN DADAH..SEHINGGA WANITA TIDAK MERASAKAN SEDIKIT PUN SAAT BERTARUNG NYAWA MELAHIRKAN ANAK.
Sekadar gambar hiasan (kredit empunya gambar asal)
Kesan bersalin pembedahan dan epidural antara pengalaman yang saya lihat..!!
•Bentuk badan tidak cantik
•Gemuk perut boroi
•Sakit pinggang berpanjangan
•Sakit sendi dan badan bisa2
•Jahitan boleh terbuka meskipun anak sudah berumur 8 bulan
•Kesan jahitan pada perut yang tidak cantik
•Pelupa yang sangat teruk
•Sukar untuk Kurus
•Tidak boleh mengangkat berat untuk jangka masa panjang
Jika dibandingkan kesihatan nenek moyang kita jauh lebih baik dari kita zaman sekarang. Meskipun mereka kolot, banyak anak , tidak ada rawatan istimewa jauh sekali dari arus kemodenan. Menariknya tentang wanita zaman dulu tidak mengalami masalah kesihatan diusia muda seperti sakit lutut, pinggang, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai penyakit lagi.
Wanita zaman dulu bersalin sehingga 12 orang tapi tidak mengalami luka semasa bersalin kerana teknik meneran yang betul dengan menekan punggung kelantai jangan sampai terangkat semasa meneran mampu menjaga kesempurnaan Che V.
Sewajarnya mitos dan pengalaman mereka turut membantu kita mudah untuk melalui kehidupan zaman moden serba ini. Hakikatnya fitrah manusia yang Allah ciptakan tak pernah berubah dari zaman nabi Adam AS sehinggalah sekarang. Maksud saya kaki tangan telinga kejadian fizikal manusia. Tak rugi meneguk ilmu meskipun orang itu bukan cendiakiawan tahap PHD.
Tip mudah bersalin ini berikan ia, sangat berkesan kerana saya telah merasai keberkesanannya semasa melahirkan anak saya yang ke7 & 8, sebelum ini saya bersalin amat susah dan sangat lambat ke 10cm .
•Semasa mengandung banyakan berdoa untuk dipermudahkan bersalin
•Banyakkan membaca Alquran antaranya surah yusuf, maryam,luqman
•Sebelum bersalin minta maaf kepada suami, ibu bapa dan sahabat
•Semasa sakit bersalin buka surah yasin pada hand phone
•Sebelum terbuka 3 cm minum air selusur yang dibacakan oleh suami sendiri lebih mujarab.
•Zikirkan Lahaulawalakuwata illa billahil aliyil azim
•Zikirkan Lailahailla Anta Subhanaka inni kuntum minozolimin
•Zikirkan Hasbiallah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir
•Bila sakit yang keterlaluan “ sambil zikir dan hisap gula2 yang ada angin”
•Jangan biarkan otak dipengaruhi rasa sakit..Bayangkan anak itu sempurna dan saat gembira.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment